Kolaborasi
Itu merupakan teras kepada semua yang kami lakukan di Fragrance Oils sejak tahun 1967. Sebagai pasukan yang paling kreatif di UK dan disokong oleh salah satu rumah wangian yang terbesar di dunia, pengetahuan dan kepakaran kami tiada tandingannya. Itulah sebabnya kami dikenali sebagai Pereka Wangian.
Warga Kami
Tetapi itu bukan satu-satunya sebab kejayaan kami. Warga kami adalah keistimewaan kami. Walaupun terkenal dalam pengeluaran wangian, kami juga berbangga kerana membina hubungan yang bertahan lama. Kami mempunyai pasukan unik yang terdiri daripada orang dengan minda terbuka dan penuh inspirasi yang ingin berkongsi idea dan melibatkan pelanggan dalam proses kreatif.
Kami Membina Hubungan
Sejak 1967, kami telah berusaha untuk membina hubungan yang bertahan lama dengan pelanggan kami, membina reputasi untuk kejujuran, integriti, fleksibiliti dan menjangkau jangkaan. Dengan kemudahan canggih di Manchester – salah satu pusat kreatif di Britain – kami mampu memberikan apa yang anda perlukan, tidak kira kuantiti, ke setiap pelosok dunia.
Ketenangan minda
Kami mempunyai kemudahan untuk memenuhi pesanan anda, sama ada besar atau kecil. Sebagai rumah wangian antarabangsa yang mantap, kami mengikuti peraturan ketat dan amalan pengilangan bertanggungjawab sepenuhnya. Ini memberikan ketenangan minda kepada pelanggan kami bahawa kami sentiasa patuh tidak kira di mana kami beroperasi.
Teknologi Canggih
Tapak kami seluas lima ekar adalah pusat kepada peralatan canggih dan beberapa generasi pengetahuan penghasilan wangian. Kami mengambil pendekatan yang fleksibel, menawarkan sokongan teknikal walaupun kepada syarikat yang paling kecil dan berkongsi pandangan bernilai untuk menyokong pertumbuhan mereka.
Jenama Terkenal
Kami juga menguruskan pesanan dengan jumlah yang tinggi untuk beberapa jenama terkenal dan diiktiraf di dunia. Jadi, sama ada pelanggan kami merupakan peneraju pasaran atau syarikat baharu dengan visi – kami memenuhi segala permintaan sama ada besar atau kecil.
Lebih Hebat Bersama
Di Fragrance Oils, kami mempunyai lebih 250 Pereka Wangian di seluruh dunia, bekerjasama setiap hari untuk menghasilkan wangian dan ekstrak semula jadi yang mempesonakan untuk anda, pelanggan kami.
Ingin menjadi Pereka Wangian?
Kami sentiasa mencari individu yang berimaginasi, rajin dan mesra untuk memberi sokongan kepada kami merentas seluruh perniagaan kami. Jika anda bersedia untuk memulakan pengembaraan baharu dan ingin menjadi sebahagian daripada pasukan yang seronok semasa bekerja, sila hubungi kami.
Kisah Kejayaan
Lihat segala kemungkinan apabila sebuah pasukan bekerjasama. Dapatkan inspirasi daripada contoh sebenar tentang jenama yang mengubah produk mereka melalui kerjasama dengan Pereka Wangian kami.