Kami mentransformasikan produk penjagaan rumah kepada aplikasi yang mudah digunakan.
Kami mewujudkan pengalaman sensori yang dikaitkan dengan kebersihan dan penjagaan peribadi untuk setiap pelanggan dengan produk seperti cecair pencuci, penyembur permukaan dan juga pembersih atau peluncur tandas.
Apa Trend Terkini?
Haruman merupakan pendorong pembelian utama untuk produk penjagaan kebersihan rumah. Terutamanya pada masa ini, pengguna menjangkakan produk yang meninggalkan bau yang bersih dan segar. Perubahan jangkaan pengguna seperti ini bermaksud mereka lebih terbuka kepada wangian baharu.
Sokongan Teknikal
Kami arif dalam mengatasi kerumitan rumusan asas untuk pelbagai produk penjagaan kebersihan rumah, disemarakkan lagi dengan aroma tradisional seperti haruman lemon dan pain segar sehingga campuran menarik yang menghasilkan haruman taman bunga atau pantai tropika.
Penyelesaian pencucian & wangian perindustrian
Walaupun di ruang menunggu atau bilik air, haruman yang sesuai dapat menghasilkan tanggapan pertama yang begitu penting. Kami menghasilkan produk penyelesaian pencucian dan wangian perindustrian seperti penyegar udara, pembersih permukaan dan sabun tangan yang khas untuk memenuhi keperluan anda. Kami mengikuti trend global terkini, mematuhi peraturan pengilangan yang ketat dan boleh memberi nasihat tentang jenis wangian yang paling berkesan dalam persekitaran unik anda.
Hubungi Kami
KAMI DI SINI UNTUK MEMBANTU
Penjagaan Fabrik
Haruman ialah salah satu faktor utama yang membezakan setiap jenama penjagaan fabrik. Sebagai pakar dalam bidang ini, kami berada dalam kedudukan terbaik untuk berkongsi nasihat mengenai trend pengguna terkini dalam kesegaran. Sudut pandangan teknikal kami menghasilkan haruman yang meninggalkan tanggapan yang berkekalan untuk semua produk penjagaan fabrik.
Wangian Mewah
Penghasilan wangian mewah adalah kebolehan untuk mencetuskan kenangan, perasaan dan emosi. Berbeza daripada kategori produk yang lain, "haruman" adalah bintang utama. Kami menggabungkan kepakaran teknikal dengan bahan-bahan yang terbaik, menggunakan daya imaginasi bebas dalam pencarian wangian ikonik yang seterusnya.
Penjagaan Kebersihan Peribadi
Kami percaya wangian yang sesuai dapat mentransformasikan jenama penjagaan kebersihan peribadi. Termasuklah semburan badan yang memikat, sabun mandian dan syampu yang menyegarkan, Scentmaker kami menyediakan pandangan pakar untuk membantu anda menghasilkan produk yang tidak dapat dilupakan.
Ekstrak Semula Jadi
Kami menghasilkan dan membekalkan pelbagai pilihan ekstrak semula jadi. Kami teruja untuk memberi inspirasi kepada anda dengan berkongsi potensi untuk membangunkan produk baharu.
Wangian Rumah
Wangian kontemporari kami diilhamkan daripada alam sekeliling. Kami mengikuti trend terkini dari segi warna, fesyen dan reka bentuk dalaman – menawarkan sokongan kreatif dan teknikal yang diperlukan untuk menghasilkan wangian baharu yang mengabadikan setiap detik dan mewujudkan suasana yang diidamkan pada mana-mana ruang.